Kenali bila bunyi muncul
Lima kad ini membantu anda merekod keadaan bunyi sebelum bengkel membuat pemeriksaan fizikal.
Jangan Tukar Barang Secara Rambang. Kenali Bunyi, Faham "Logiknya".
Ramai pemilik kereta menghabiskan ribuan ringgit kerana satu kesilapan besar.
Mereka hanya memberitahu bengkel:
"Bang, Kereta saya ada bunyi"...sambil mengaru kepala
Tanpa mengetahui:
- Bila bunyi itu muncul.
- Bila bunyi itu hilang.
- Bunyi semasa start kereta atau semasa memandu.
- Bunyi ketika membelok atau tidak.
Jangan biarkan mekanik (pomen) meneka sambil goyang tayar guna tangan. Cari bengkel yang mempunyai mesin Road Simulator (Mesin Goyang). Kereta akan diletakkan atas mesin tu, dan mesin akan menggegar serta menggoyangkan kereta secara hidraulik untuk tiru keadaan jalan rosak.
Kelebihan Ujian Mesin Goyang (Road Simulator):
- Meniru simulasi keadaan jalan rosak secara mekanikal/hidraulik.
- Mekanik dapat mengesan kerosakan getah lower arm, absorber link, atau mounting secara fizikal.
- Kos ujian tersangat murah—sekitar RM50 sahaja!
Bila digabungkan dengan Visual Checking (pemeriksaan mata kasar), mekanik boleh nampak komponen bawah tayar/roda seperti getah lower arm pecah, absorber link bush koyak, atau absorber mounting yang dah longgar. Kos ujian mesin goyang ni baru sekitar RM50 sahaja!
MASALAHNYA IALAH:
Selepas anda buat ujian mesin goyang dan tukar semua barang suspension sehingga menghabiskan beribu ringgit... bunyi itu tetap ada masa memandu! Di sinilah "Noise Trap/Perangkap Bunyi" sebenar bermula. Bunyi tu bukan datang dari suspension, tapi datang dari arah enjin, gearbox, atau roda yang berpusing.
Berdasarkan pengalaman pemandu Grab yang telah memandu melebihi 300,000km - 500,000km, BIJAKauto menyusun Formula Saringan Bunyi ini untuk membantu mengecilkan punca kerosakan sebelum anda mengeluarkan wang.
LANGKAH-LANGKAH CHECKLIST NOISE TRAP (PERANGKAP BUNYI)
KENALI BUNYI: STEP 1 — klik untuk baca
Pastikan:
- Pertama, hidupkan Enjin
- Kedua, pastikan Tombol Gear berada P atau N
- Ketiga, tekan pedal minyak sedikit sahaja
Dengar jika terdapat:
- bunyi siulan
- bunyi geseran halus
- bunyi bearing
Antara komponen yang perlu diperiksa:
- Drive Belt (Fan Belt)
- Timing Belt Tensioner Bearing
- Idler Pulley
- Alternator Bearing
- Bearing-Kompresor Aircond/Compressor Aircond Bearing
- Water Pump Bearing
- Timing Chain Tensioner (bergantung model)
Nota BIJAKauto:
Jika bunyi halus dan kasar sudah wujud ketika kereta langsung tidak bergerak, kebarangkalian besar puncanya datang daripada komponen enjin yang sentiasa berputar apabila enjin hidup. Bezakan dahulu sama ada bunyi geseran halus atau kasar.
Jika Bunyi Besi Bergeser Kasar "KRRRRR...", antara suspek:
- Flywheel Enjin
- Dual Mass Flywheel (DMF)
- Damper Clutch
- Flex Plate (Auto)
- Starter Gear
- Ekzos Heat Shield
Jangan terus menukar flywheel hanya kerana mendengar bunyi besi bergeser. Bunyi yang hampir sama juga boleh datang daripada heat shield ekzos yang longgar atau flex plate yang retak.
KENALI BUNYI: STEP 2 — klik untuk baca
Pastikan:
- Pertama, masukkan Gear D
- Kedua, pandu secara perlahan dahulu
- Ketiga, tekan pedal minyak laju sedikit
- Baru bunyi muncul...
Nota BIJAKauto:
a. Jika bunyi halus hanya muncul selepas sebaik sahaja gear D atau R dimasukkan, fokus perlu diberikan kepada komponen diantara enjin, gearbox atau roda, antara komponen yang perlu diperiksa seperti dibawah:
- Torque Converter
- Gearbox Bearing
- Input Shaft Bearing
- Differential Bearing (Kenderaan 4x4)
b. Jika bunyi kasar seperti Bunyi Ketukan Besi ("TAK! TAK!") semasa tekan pedal minyak/pusing stereng, antara suspek:
- Steering Rack
- Engine Mounting
- Gearbox Mounting
- Lower Arm Bush
- Absorber Link/Stabilizer link
- Ball Joint
- Driveshaft Bengkok
- CV Joint (Grease Driveshaft kering & haus)
- Differential Mounting
- Ekzos Mounting
Jangan terus menukar steering rack hanya kerana mendengar "Tak!Tak!". Bunyi yang hampir sama juga boleh datang daripada engine mounting atau gearbox mounting yang retak/pecah.
KENALI BUNYI: STEP 3 — klik untuk baca
Bunyi Semakin Kuat/Dengung Apabila Kelajuan Bertambah (60 km/j ke atas)
Contoh, dekat kawasan taman perumahan...
Senyap.
Masuk je highway...
Kelajuan melebihi 60 km/j...
Mula keluar bunyi:
"WUUUUUU..."
Nota BIJAKauto:
a. Jika ada gegaran stereng, antara suspek:
- Tayar Bengkak
- Tayar Keras
- Rim Bengkok
- Wheel Balancing
b. Jika tiada gegaran stereng, antara suspek:
- Wheel Bearing/Knuckle Bearing (Bearing Roda)
- Differential Bearing (Kenderaan 4x4)
- Gearbox Bearing
Kenderaan 4x4, jika bunyi berubah apabila membelok ke kiri atau kanan, differential bearing lebih berkemungkinan menjadi punca. Jika bunyi kekal terutamanya semasa jalan lurus, wheel bearing (bearing roda) perlu dipertimbangkan dahulu.
KENALI BUNYI: STEP 4 — klik untuk baca
Bunyi Tikus "cit-cit" Ketika Memusing Stereng
Satu lagi situasi yang mengelirukan pemandu adalah apabila keluar bunyi pelik setiap kali memusingkan stereng. Ramai menyangka sistem komponen bawah kereta seperti steering rack sudah mula rosak.
Memang benar, jika terdapat kerosakan komponen bawah kereta seperti Lower Arm, Driveshaft atau Steering Rack, maka setiap kali korang pusing stereng, bunyi hentaman atau ketukan besi akan keluar, bukan Bunyi Tikus "cit-cit".
Kadang-kadang, jika bunyi Bunyi Tikus "cit-cit" muncul ketika Memusing Stereng atau sewaktu enjin baru mula start, maka komponen yang perlu diperiksa:
- FAN BELT - (Drive Belt / Serpentine Belt)
Jika fan belt haus, merekah, atau longgar boleh mengganggu komponen berikutnya:
i) Power Steering Pump akan terasa berat atau berbunyi semasa pusing stereng
ii) Apabila aircond kereta dihidupkan (ON) akan berbunyi.
KENALI BUNYI: STEP 5 — klik untuk baca
Bunyi Misteri Kadang-Kadang
Bila pandu seorang,
Ada bunyi...
Bila workshop test highway,
Bunyi hilang...
Kes seperti ini memang wujud, tetapi sangat jarang terjadi. Antara komponen yang boleh menyebabkan simptom ini:
- ABS Pump (bukan abs sensor)
- Electric Water Pump (kereta model terbaru)
- Brake Booster Pump
- Aircond Blend Door Motor
Ramai yang tidak percaya bahawa ABS PUMP dan komponen lain diatas bole mengeluarkan bunyi. Kes ini jarang terjadi dan punca terjadi adalah kerana komponen dalaman yang rosak dan akan mengeluarkan bunyi bising yang kecil sahaja pada waktu tertentu.
Anda kini mempunyai Formula Saringan Bunyi BIJAKauto yang bole digunakan untuk mengecilkan skop Pemeriksaan Fizikal diagnosis, bukannya mengesahkan kerosakan. Workshop yang menggunakan peralatan khas seperti "chassis ear" atau "stethoscope mekanikal" bole membantu memudahkan pemeriksaan.
Nota BIJAKauto: Mari Kenali Fakta Fan Belt
Ramai pemandu masih memanggilnya:
Fan Belt atau Tali Kipas.
Hakikatnya...
Ia bukanlah tali yang memusingkan kipas radiator seperti disalah erti oleh ramai pemandu kereta.
Ramai berfikir: "Takpelah, kalau tali kipas radiator putus, paling kuat pun aircond kereta je tak sejuk pun."
Fakta Sebenar Tentang Fan Belt (Tali Kipas):
- Drive Belt / Serpentine Belt:
- Bukan Memusingkan Kipas: Pada kereta moden, ia tidak memusingkan kipas radiator (kipas dipacu oleh motor elektrik).
Fungsi FAN BELT ialah menggerakkan Nadi Utama Komponen Enjin: seperti:
- Alternator
- Water Pump
- Compressor Aircond
- Power Steering Pump (bagi model yang masih menggunakan sistem hidraulik)
Jika FAN BELT Putus Ketika Memandu, akibatnya boleh menjadi sangat serius.
1. Stereng Menjadi Sangat Berat
Power Steering Pump berhenti berfungsi. (Untuk sistem power steering hidraulik)
Anda tidak sempat membelok, sekaligus mengundang kemalangan maut di selekoh tajam semasa memandu highway.
Nota BIJAKauto: Kereta yang menggunakan Electric Power Steering (EPS) tidak mengalami simptom ini kerana sistem sterengnya tidak bergantung kepada fan belt.
2. Enjin Overheat
Water Pump berhenti mengepam coolant.
Sistem penyejukan gagal berfungsi.
Nota BIJAKauto: Dalam tempoh kurang 3 minit, Enjin Overheat dan silinder head melengkung, dan anda terpaksa melakukan overhaul besar yang menelan belanja ribuan ringgit.
3. Alternator Berhenti Mengecas
Bateri tidak lagi menerima cas.
Apabila tenaga bateri habis...
Kereta akan mati.
Nota BIJAKauto: Kereta yang menggunakan Electric Power Steering (EPS) mungkin berhenti berfungsi dan tidak terkecuali daripada risiko kemalangan akibat FAN BELT yang putus.
Langkah seterusnya
1. Minta bengkel periksa lokasi bunyi dan punca masalah dahulu, kemudian bandingkan harga & warranty supplier jika mahu beli barang sendiri sebelum repair.
Ataupun, anda juga boleh:
2. Bandingkan skop kerja, condition komponen, warranty dan harga quotation daripada 3 - 5 bengkel mengikut lokasi anda.
Akhirnya, keputusan di tangan anda mengikut kemampuan bajet tanpa sebarang kos tambahan yang mengejutkan.
Lihat BIJAKauto METHOD™Soalan lazim tentang bunyi kereta
Maklumat apa yang patut saya catat?
Catat bunyi ketika enjin sejuk atau panas, kelajuan, RPM, keadaan jalan, ketika membrek atau membelok, serta lokasi bunyi yang dirasakan.
Adakah bunyi kluk-kluk semestinya absorber?
Tidak semestinya. Mounting, bush, link, ball joint dan komponen lain boleh menghasilkan bunyi yang hampir sama. Pemeriksaan fizikal diperlukan.
Patutkah komponen ditukar satu demi satu?
Minta bengkel menunjukkan bukti kehausan atau kelonggaran dan menerangkan ujian yang dilakukan sebelum komponen ditukar.