Mulakan dengan dua kumpulan komponen
Tekan kumpulan untuk terus ke penerangan. Diagnosis sebenar masih memerlukan pemeriksaan dan data scan.
ENJIN ADA PROBLEM ??
- Enjin bergegar, enjin nak mati ketika berhenti trafik light.
- Enjin bergegar setiap kali air-cond hidup.
- Top speed 100km/h walau pedal cecah lantai.
- Hilang kuasa ketika naik bukit atau memotong.
- Lampu "Check Engine" menyala.
- Kereta makan minyak.
- Sukar dihidupkan pada waktu pagi.
Sesuai untuk pemilik kereta yang:
- Tidak mempunyai latar belakang mekanikal.
- Tidak pernah membaiki enjin sendiri.
- Mahu memahami langkah-langkah sebelum membaiki kenderaan.
Sebelum membuat keputusan membaiki enjin, proses checklist yang sistematik adalah lebih penting. Atas sebab itu, pemeriksaan dibahagikan kepada dua kategori utama sahaja.
LANGKAH-LANGKAH CHECKLIST (ENGINE)
NO. 1: KOMPONEN MEKANIKAL — klik untuk baca
No. 1. Spark Plug:
Di Mana Ia Berada: Bahagian atas enjin. Dipasang betul-betul didalam Plug Coil.
Cara ia berfungsi: Menerima arus elektrik lalu menghasilkan percikan api (seperti pemetik api) untuk membakar campuran udara dan petrol di dalam enjin.
Simptom kalau rosak/kotor: Hujung plug dipenuhi karbon hitam atau elektrodnya haus. Hasilnya, api menjadi lemah atau putus-putus (misfire), enjin semput semasa memecut atau mendaki, susah dihidupkan waktu pagi, dan penggunaan petrol menjadi boros.
No. 2: Ignition Coil (Plug Coil):
Di Mana Ia Berada: Terletak diatas enjin, dipasang diatas Spark Plug.
Cara ia berfungsi: Bertindak menukarkan voltan rendah dari bateri menjadi voltan tinggi supaya cukup kuat untuk menghasilkan percikan api pada spark plug.
Simptom kalau rosak/kotor: Coil menjadi terlalu panas, merekah, atau litar pintas. Hasilnya, satu atau lebih silinder/piston enjin langsung tiada api. Enjin akan bergegar sangat kuat seperti hendak tercabut, kereta tiada power, ekor ekzos berbau petrol mentah, dan lampu "Check Engine" menyala.
No. 3: Cable Plug (Plug Coil Wire)
Di Mana Ia Berada: Ikatan wayar tebal/penebat yang terletak diatas setiap satu Plug Coil.
Cara ia berfungsi: Menjadi "lebuh raya" berpenebat tebal untuk mengalirkan arus elektrik bervoltan tinggi dari setiap plug coil ke semua spark plug tanpa berlaku kebocoran arus.
Simptom kalau rosak/kotor: Penebat getah kabel 10 tahun ke-atas menjadi keras, rapuh, dan arus elektrik bocor (leaking) sebelum sempat sampai ke spark plug/plug coil. Hasilnya, enjin terasa tersengguk-sengguk, terutamanya semasa cuaca lembap/hujan atau semasa enjin memikul beban tinggi (buka aircond).
No. 4: Fuel Filter
Di Mana Ia Berada: Bergantung pada model kereta; sama ada di belakang enjin (kereta lama), di bawah lantai kereta berhampiran tangki, atau digabung sekali di dalam tangki petrol bersama fuel pump (kereta moden).
Cara ia berfungsi: Menapis segala karat, kotoran, keladak, dan bendasing daripada petrol sebelum minyak itu dihantar ke bahagian enjin.
Simptom kalau rosak/kotor: Elemen penapis di dalam tersumbat penuh dengan keladak hitam. Hasilnya, aliran minyak ke enjin menjadi perlahan dan tersekat. Kereta terasa tersengguk-sengguk pada kelajuan tinggi, enjin seolah-olah "tercekik" kekurangan minyak, dan boleh merosakkan jangka hayat fuel pump.
No. 5: Fuel Injector
Di Mana Ia Berada: Ramai keliru antara Fuel Injector dan Plug Coil. Selalunya Fuel Injector juga dipasang pada bahagian atas enjin.
Cara ia berfungsi: Bertindak sebagai penyembur petrol yang menyembur petrol ke dalam enjin. Bentuknya kabus yang sangat halus (bukan titisan air) supaya mudah terbakar.
Simptom kalau rosak/kotor: Muncung penyembur tersumbat dengan sisa karbon atau penapis mikro (micro filter) di dalamnya tersumbat. Hasilnya, semburan minyak menjadi kasar atau tidak sekata. Enjin akan mengalami idling yang sangat kasar (kasar semasa berhenti), enjin hilang kuasa (lost power), dan kereta menjadi sangat lembap semasa pedal minyak ditekan rapat.
No. 6: Fuel Pump
Di Mana Ia Berada: Terendam sepenuhnya di dalam tangki petrol (biasanya boleh diakses dengan membuka kusyen tempat duduk penumpang belakang).
Cara ia berfungsi: Menggunakan motor elektrik untuk mengepam petrol dari tangki dan menolaknya ke bahagian hadapan enjin dengan tekanan tinggi yang sangat konsisten.
Simptom kalau rosak/kotor: Motor pam sudah lemah atau mula rosak. Hasilnya, pam gagal mengekalkan tekanan minyak yang stabil. Kereta akan kehilangan kuasa sepenuhnya atau tersengguk-sengguk semasa mendaki bukit atau memandu laju di lebuh raya. Jika pam ini mati terus (kong), enjin tidak akan hidup langsung kerana tiada setitik minyak pun sampai ke enjin.
Nota BIJAKauto: Mounting enjin yang haus/pecah juga akan menghasilkan gegaran sedikit semasa start kereta atau berhenti dekat lampu trafik. Mounting enjin tidak mengganggu jarum RPM enjin, tidak membuatkan kereta mati tengah jalan
NO. 2: KOMPONEN ELEKTRONIK — klik untuk baca
No. 1: MAF Sensor (Mass Air Flow)
Di mana Ia berada: Terletak berhampiran kotak penapis udara (air filter box) sebelum throttle body.
Cara ia berfungsi: Ia mengukur berat/isi padu udara bersih yang mengalir melaluinya.
Simptom kalau rosak/kotor: Enjin susah hendak hidup, semput semasa hendak memecut, atau enjin tiba-tiba mati semasa berhenti di lampu isyarat kerana komputer salah bajet jumlah minyak dan udara.
No. 2: MAP Sensor (Manifold Absolute Pressure)
Di mana Ia berada: Dipasang terus pada Manifold (Intake Manifold), iaitu kawasan takungan udara selepas throttle body.
Cara ia berfungsi: Ia mengukur tekanan di dalam manifold enjin untuk mengira secara tidak langsung berapa banyak udara yang disedut masuk.
Simptom kalau rosak/kotor: Penggunaan minyak menjadi sangat boros, ekor ekzos keluar asap hitam, enjin idling secara kasar dan bergegar, serta kehilangan kuasa (lost power) yang ketara.
No. 3: Throttle Body Sensor/Throttle Position Sensor (TPS):
Di Mana Ia Berada: Pada bahagian tepi throttle body (injap bulat yang mengawal angin).
Cara ia berfungsi: Membaca status pembukaan injap apabila menekan pedal minyak, menghantar isyarat kepada ECU (computer enjin kereta) untuk mengira keperluan kuasa enjin.
Simptom kalau rosak/kotor: Komputer gagal menghantar isyarat yang tepat kepada komputer kereta (ECU) bagi mengira nisbah campuran minyak dan udara. RPM enjin menjadi tidak stabil, jarum meter RPM naik turun sendiri, enjin idling secara kasar, ada gangguan tindak balas (delay) semasa tekan minyak, dan terasa kehilangan kuasa (lost power).
No. 4: Idling Sensor (Idle Air Control Valve (IACV) / (Idle Speed Control (ISC)
Di Mana Ia Berada: Biasanya berhampiran throttle body (pada kereta moden, dipasang sekali dalam motor Electronic Throttle Body).
Cara ia berfungsi: Komponen ini bertugas mengawal kemasukan udara semasa kaki tidak menekan pedal minyak untuk menaikkan RPM apabila enjin menerima beban tambahan, terutamanya apabila suis penyaman udara (aircond) dihidupkan atau semasa enjin masih sejuk.
Simptom kalau rosak/kotor: Jika saluran tersumbat, hasilnya apabila aircond hidup, RPM terus drop jatuh merosot di bawah paras normal (bawah 800 RPM) dan enjin mula bergegar kuat seolah-olah mahu mati.
No. 5: Air-Fuel Sensor / Oxygen Sensor (O2 Sensor)
Di Mana Ia Berada: Dipasang pada manifold ekzos (2 tempat - paip ekzos di belakang enjin dan paip ekzos bawah kereta).
Cara ia berfungsi: Mengukur baki kandungan gas oksigen dalam ekzos selepas pembakaran berlaku. Data ini dihantar semula ke ECU (computer enjin kereta) untuk "menghalusi" nisbah campuran angin dan minyak (sama ada perlu kurangkan atau lebihkan minyak).
Simptom kalau rosak/kotor: ECU (computer enjin kereta) tidak mendapat maklum balas pembakaran yang betul. Hasilnya, campuran minyak menjadi terlalu kaya (rich), menyebabkan kereta semput, ekzos keluar asap hitam, bau petrol kuat, dan penggunaan minyak kereta menjadi terlampau tinggi.
No. 6: VVT Sensor / Solenoid Valve (Sistem VVT-i / VVT / DVVT / MIVEC)
Di Mana Ia Berada: Terletak di bahagian atas enjin. Wajib tahu: Ada pada semua enjin moden, tidak kira enjin itu guna timing belt atau timing chain.
Cara ia berfungsi: Mengawal aliran dan tekanan minyak hitam untuk melaraskan atau menukar masa bukaan injap (valve timing) mengikut kelajuan dan beban enjin bagi mengoptimumkan kuasa.
Simptom kalau rosak/kotor: Aliran minyak tersumbat dan timing enjin lari. Hasilnya, enjin bergegar kuat semasa berhenti (idling kasar), enjin berbunyi bising seakan mengetuk (tapping noise), dan kereta rasa sangat berat atau tiada kuasa pada RPM tinggi.
No. 7: Camshaft Sensor (Atas enjin) & Crankshaft Sensor (Bawah enjin)
Di Mana Ia Berada: Camshaft Sensor berada di bahagian atas enjin (membaca aci atas), manakala Crankshaft Sensor berada di bahagian bawah enjin. Wajib tahu: Kedua-dua sensor ini ada pada semua kereta moden tidak kira enjin itu guna timing belt atau timing chain.
Cara ia berfungsi: Membaca kelajuan pusingan enjin dan mengukur kedudukan tepat (RPM) enjin. Data super-kritikal ini digunakan oleh ECU (computer enjin kereta) untuk menentukan waktu milisaat yang tepat bagi spark plug dan fuel injector menyembur bahan api.
Simptom kalau rosak/kotor: ECU (computer enjin kereta) kehilangan rujukan utama untuk menghidupkan pembakaran. Hasilnya, enjin kereta langsung tidak boleh dihidupkan, atau enjin tiba-tiba mati mengejut semasa anda sedang memandu.
Strategi Pemandu Bijak
Jika anda mengetahui perkara ini lebih awal, langkah pertama anda bukanlah terus bersetuju overhaul enjin tetapi meminta bengkel melakukan diagnosis terlebih dahulu menggunakan OBD Scanner (computer scan). Langkah yang betul ialah:
- Baca kod kerosakan (scan komputer)
- Kenal pasti komponen sebenar yang bermasalah
- Tentukan sama ada masalah berpunca daripada komponen mekanikal atau komponen elektronik
Barulah keputusan membaiki dibuat berdasarkan fakta, bukannya tekaan. Jika rosak:
- MAF Sensor → tukar sensor sahaja
- Cable Plug rosak → tukar cable
- Soket wiring bermasalah → tukar soket wiring
Kos pembaikan sebegini selalunya jauh lebih rendah berbanding overhaul enjin yang tidak menyelesaikan masalah.
Langkah seterusnya
1. Sahkan diagnosis scan komputer dan masalah alat ganti kereta diperlukan dengan mekanik dahulu, kemudian bandingkan harga & warranty supplier jika mahu beli barang sendiri sebelum repair.
Ataupun, anda juga boleh:
2. Bandingkan skop kerja, condition komponen, warranty dan harga quotation daripada 3 - 5 bengkel mengikut lokasi anda.
Akhir sekali, anda bebas membuat keputusan ikut bajet sendiri tanpa risau 'kena ketuk' atau bayar lebih.
Lihat BIJAKauto METHOD™Soalan lazim tentang enjin semput
Adakah enjin semput bermaksud perlu overhaul?
Tidak semestinya. Simptom boleh berkaitan dengan sistem pencucuhan, bahan api, udara, sensor atau masalah mekanikal. Diagnosis perlu dibuat sebelum menentukan pembaikan.
Apakah bukti yang patut diminta daripada bengkel?
Minta laporan scan, kod kerosakan, hasil pemeriksaan spark plug atau coil, serta penerangan tentang ujian yang membawa kepada cadangan pembaikan.
Bolehkah saya terus membeli alat ganti sendiri?
Sahkan punca kerosakan bersama mekanik sebelum membeli.