Peta semakan overheat

Empat kumpulan simptom untuk diperiksa

Mulakan dengan sistem penyejukan yang boleh dilihat sebelum membuat kesimpulan tentang kerosakan dalaman enjin.

Ramai pemilik kereta panik apabila melihat jarum suhu naik atau lampu amaran suhu menyala. Lebih memburukkan keadaan, ada bengkel yang terus mengatakan:

Antara punca yang patut diperiksa ialah motor radiator fan, soket, fius dan relay kipas.

Selain daripada itu, jika masalah overheat masih berlaku berikut adalah 4 langkah - langkah simptom overheat.

LANGKAH-LANGKAH CHECKLIST OVERHEAT (KENALI SIMPTOM)

SIMPTOM 1 — klik untuk baca
1. Radiator

Di Mana Ia Berada

Radiator berfungsi membuang haba daripada coolant sebelum coolant masuk semula ke dalam enjin. Perhatikan tanda-tanda berikut:

2. Hosepipe Coolant/Radiator

Di Mana Ia Berada

Bagi hosepipe coolant/radiator pula, biasanya lapisan dalaman getah telah mula mereput dan boleh bocor. Mekanik yang berpengalaman biasanya akan memeriksa dengan tangan:

Nota BIJAKauto: Bunyi "rangup" hanyalah salah satu petunjuk. Pemeriksaan visual dan ujian tekanan sistem penyejukan masih diperlukan untuk mengesahkan keadaan hose.

SIMPTOM 2 — klik untuk baca
1. Thermostat

Di Mana Ia Berada

Thermostat mengawal pintu aliran coolant dari enjin ke radiator. Jika thermostat tersekat (jem):

2. Water Pump

Di Mana Ia Berada

Water pump mengepam coolant ke seluruh sistem penyejukan. Antara kerosakan biasa ialah:

Nota BIJAKauto: Disebabkan harga thermostat biasanya rendah, kebanyakan bengkel akan terus menggantikan dengan yang baru. Kebanyakan bengkel juga menggantikan satu set water pump baru (bearing, o-ring/seal, bilah) kerana kerana kos membaiki komponen lama adalah tidak ekonomik di samping kos upah kerja yang tinggi.

3. Engine Water Jacket

Di Mana Ia Berada

Water jacket membawa coolant mengelilingi bahagian enjin yang panas. Karat, mendapan atau penggunaan coolant yang tidak sesuai boleh mengecilkan aliran dan mengganggu pemindahan haba.

Nota BIJAKauto: Water jacket tidak boleh disahkan tersumbat hanya berdasarkan meter suhu. Bengkel perlu menilai aliran, keadaan coolant, radiator, thermostat dan water pump terlebih dahulu. Kaedah pemeriksaan bergantung pada reka bentuk enjin.

SIMPTOM 3 — klik untuk baca
1. Valve Cover Gasket

Di Mana Ia Berada

Valve Cover Gasket hanyalah getah penutup kepala silinder, jika leaking:

Kos pembaikan biasanya rendah.

2. Head Gasket (kepingan aluminium sangat nipis)

Di Mana Ia Berada

Komponen ini mustahil untuk dilihat dengan mata kasar tanpa membuka dahulu bahagian atas enjin. Head gasket berfungsi mengasingkan tiga sistem penting:

Apabila head gasket rosak:

Nota BIJAKauto: Minyak hitam tidak semestinya akan berkurangan setiap kali head gasket rosak. Ada kes hanya coolant yang hilang masuk ke ruang pembakaran tanpa melibatkan laluan minyak. Diagnosis perlu dibuat menggunakan ujian tekanan sistem penyejukan, compression test atau leak-down test.

Ramai juga keliru dengan istilah:

SIMPTOM 4 — klik untuk baca
Engine Oil Pump (Pam Minyak Hitam Enjin)

Di Mana Ia Berada

Oil pump memang jarang mengalami kerosakan. Namun jika berlaku:

Nota BIJAKauto: Oil pump yang lemah lebih kerap menyebabkan tekanan minyak rendah berbanding menjadi punca utama overheat. Namun, jika pelinciran gagal sepenuhnya, haba akibat geseran boleh menyumbang kepada kenaikan suhu enjin.

Nota BIJAKauto: TANGKI AIR COOLANT/ AIR RADIATOR CEPAT ABIS

Jika tangki air coolant sentiasa berkurang, tangki selalu menjadi separuh dan perlu ditambah setiap dua hari. Tolong jangan terus menambah air tanpa mencari puncanya. Kereta anda sedang memberitahu sesuatu kepada anda. Jangan risau, sama-sama ikut langkah pemeriksaan berikut:

Langkah 1

Periksa:

Langkah 2

Periksa kawasan:

Cari kesan:

Langkah 3

Jika tiada kebocoran luaran dijumpai tetapi air coolant radiator tetap hilang dan tangki air coolant perlu sentiasa ditambah (refill) sentiasa, kemungkinan cecair coolant telah bocor dan meruap di dalam ruang pembakaran enjin oleh sebab:

Akibatnya:

Periksa juga:

Overheat Diagnostic Protocol infographic BIJAKauto Malaysia

Langkah seterusnya

1. Minta pemeriksaan dan bukti kebocoran dengan mekanik dahulu, kemudian bandingkan harga & warranty supplier jika mahu beli barang sendiri sebelum repair.

Ataupun, anda juga boleh:

2. Bandingkan skop kerja, condition komponen, coolant, upah, warranty dan harga quotation daripada 3 - 5 bengkel mengikut lokasi anda.

Akhir kata, anda boleh buat pilihan ikut poket sendiri tanpa bimbang poket 'bocor' atau terlebih bayar.

Lihat BIJAKauto METHOD™

Soalan lazim tentang overheat

Bolehkah saya terus memandu apabila enjin overheat?

Tidak disarankan. Meneruskan pemanduan boleh meningkatkan risiko kerosakan enjin. Berhenti dengan selamat dan dapatkan bantuan.

Adakah overheat bermaksud head gasket rosak?

Tidak semestinya. Sistem kipas, radiator, hose, thermostat, water pump, kebocoran coolant dan komponen lain perlu diperiksa sebelum membuat kesimpulan.

Bolehkah saya membuka radiator untuk menambah air?

Jangan membuka penutup radiator ketika sistem masih panas atau bertekanan kerana coolant panas boleh menyebabkan kecederaan.

Ditulis oleh Raziman

Founder BIJAKauto. Panduan ini membantu pemilik mengenali langkah keselamatan dan soalan asas berkaitan sistem penyejukan.