Peta jejak kebocoran

Kenal warna, kemudian ikut rutin

Lokasi titisan tidak semestinya lokasi punca. Gunakan turutan ini sebelum komponen besar dibuka.

Minyak Menitis Di Bawah Gearbox Belum Tentu Gearbox Yang Bocor!

Satu hari, Pakcik Malik panik apabila melihat tompokan minyak berwarna hitam di lantai parking.

Semasa dibengkel, Mekanik menunjukkan bahagian bawah gearbox yang mempunyai tompokan/takungan basah lalu berkata:

Mekanik cakap: Oil seal gearbox bocor. Gearbox kena turun...

Anggaran kos?

RM800 hanya untuk upah menurunkan gearbox dan menukar oil seal.

Nasib baik sebelum bersetuju, Pakcik Malik terjumpa BIJAKauto.com. Di sinilah beliau mengetahui satu fakta yang sangat penting.

SATU FAKTA YANG RAMAI TAK TAHU

Ramai pemilik kereta menyangka...

Jika melihat takungan minyak menitis dibawah gearbox...Maka gearbox ada leaking.

SALAH.

Minyak sentiasa mengalir mengikut graviti.

Minyak boleh bocor dibahagian atas enjin...

Kemudian mengalir dicelah enjin...

Lalu, minyak berkumpul/bertakung dibawah gearbox...

Akhir sekali, baru menitis ke lantai.

Sebab itu, lokasi minyak menitis tidak semestinya lokasi sebenar kebocoran.

KENAL PASTI WARNA CECAIR — klik untuk baca
1. WARNA: Minyak Hitam Enjin

Biasanya berwarna:

  • Kuning keemasan (baru)
  • Coklat gelap
  • Hitam pekat seperti kopi (lama)
2. WARNA: Minyak Gearbox Automatik (ATF)

Biasanya:

  • Merah
  • Merah gelap
  • Merah keperangan apabila lama
3. WARNA: Minyak Gearbox Automatik (CVT/D-CVT)

Bergantung kepada pengeluar. Antaranya:

  • Hijau
  • Biru
  • Merah
Nota BIJAKauto:

Warna minyak CVT tidak seragam. Setiap pengeluar kenderaan menggunakan spesifikasi minyak yang berbeza.

Jadi, minyak kat lantai tempat letak kereta (parking) rumah Pakcik Malik warna hitam/kuning. Sah!!! Itu minyak hitam enjin, bukan minyak gearbox! Tetapi kenapa pomen kata leaking bawah gearbox?

Di sinilah, silapnya sangkaan Pakcik Malik dan kebanyakan Pomen kerana kadang-kadang kawasan takungan minyak dibawah gearbox itu adalah Ilusi Yang Sengaja Dicipta oleh Graviti kerana terlepas pandang punca leaking bahagian tepi/belakang enjin.

LANGKAH-LANGKAH CHECKLIST LEAKING (ENGINE/GEARBOX).

RUTIN 1: KEBOCORAN MINYAK ENJIN — klik untuk baca
LANGKAH 1

Periksa Bahagian Atas Enjin:

Nota BIJAKauto: Pastikan semuanya benar-benar kering.

LANGKAH 2

Periksa Oil Seal Komponen Bahagian Hadapan & Tepi / Belakang & Bawah Enjin:

  • Camshaft Oil Seal
  • Front Crankshaft Oil Seal
  • Timing Cover
  • Timing Chain Cover
  • Vacuum Pump (jika ada)
  • Oil Pump Housing
  • VVT Solenoid Seal

Nota BIJAKauto: Kawasan ini sering menyebabkan minyak menitis sedikit demi sedikit, meluncur mengikut graviti, lalu mengalir dan berkumpul di kawasan bawah gearbox. Mekanik (pomen) ambil kesempatan tunjuk kawasan yang basah tu sebagai tempat leaking.

LANGKAH 3

Periksa O-Ring Komponen Bahagian Hadapan & Tepi / Belakang & Bawah Enjin:

Nota BIJAKauto: Komponen kecil seperti O-ring atau washer yang rosak juga boleh menyebabkan kebocoran minyak yang ketara.

LANGKAH 4

Periksa Engine Oil Sump (mangkuk minyak enjin)

  • Oil Sump Gasket
  • Rekahan pada oil sump
  • Drain Plug
  • Washer drain plug

Nota BIJAKauto: Kadangkala hentakan bonggol jalan, batu atau sisa-sisa eksiden dihighway boleh menyebabkan rekahan halus pada oil sump enjin (Mangkuk Minyak).

RUTIN 2: KEBOCORAN MINYAK GEARBOX — klik untuk baca

Bagaimana Jika Yang Bocor Ialah Minyak Gearbox? Jika warna minyak yang menitis ialah warna lain selain warna kuning/hitam:

Sekiranya anda lihat ada warna lain selain warna kuning/hitam iaitu warna Merah, Biru atau Hijau, sah itu adalah minyak gearbox. Tetapi, jangan panik dan terus setuju untuk turunkan gearbox! Periksa langkah 5 dan langkah 6 dahulu:

LANGKAH 5 (leaking tepi gearbox)

Kebanyakan leaking minyak gearbox sebenarnya datang daripada sisi:

  • Driveshaft Oil Seal kiri
  • Driveshaft Oil Seal kanan

Nota BIJAKauto: Komponen ini boleh ditukar dengan mudah tanpa perlu menurunkan atau membuka keseluruhan gearbox!.

LANGKAH 6 (leaking bawah gearbox)

Pemeriksaan Gearbox Oil Sump (mangkuk minyak gearbox)

Nota BIJAKauto: Jika minyak gearbox menitis betul-betul dari bahagian tengah, sebelum mekanik mengambil keputusan menurunkan gearbox, pastikan mereka sudah memeriksa gearbox oil sump (sama seperti Langkah 4):

NOTA: KEBOCORAN MISTERI — klik untuk baca

Ada satu lagi keadaan yang sering mengelirukan pemilik kereta.

Minyak Hitam Enjin Berkurang Tetapi Tiada Kebocoran Luaran, namun paras minyak hitam semakin berkurang setiap kali diperiksa:

Dalam keadaan ini, kemungkinan minyak hitam enjin sedang memasuki ruang pembakaran, bukannya bocor keluar daripada enjin. Antara, punca ialah:

Dalam keadaan tertentu, head gasket yang rosak juga boleh menyebabkan minyak memasuki ruang pembakaran. Walau bagaimanapun, keadaan ini jauh lebih jarang berlaku berbanding kerosakan piston ring atau valve stem seal dan biasanya akan disertai simptom lain seperti kehilangan coolant, overheat atau asap putih dari ekzos. Petunjuk tambahan:

Dalam keadaan ini, pemeriksaan lanjut seperti Compression Test, Leak-Down Test, pemeriksaan sistem PCV dan pemeriksaan turbocharger (bagi enjin turbo) mungkin diperlukan untuk mengenal pasti punca sebenar.

Strategi Pemandu Bijak:

Sebelum Bersetuju Menurunkan Gearbox, periksa:

Jika telah diperiksa dan semuanya disahkan tiada leaking...

Barulah mekanik boleh mula mengesyaki kebocoran daripada komponen dalaman:

atau

Dalam keadaan ini, menurunkan gearbox adalah berasas dan munasabah kerana kedua-dua komponen ini memang berada di antara enjin dan gearbox, serta tiada kaedah lain untuk menukar oil seal tersebut. Gearbox perlu diturunkan untuk kerja pembaikan.

Leaking Diagnostic Protocol infographic BIJAKauto Malaysia

Langkah seterusnya

1. Minta bengkel membersihkan kawasan dan mengesahkan sumber kebocoran dan punca dahulu, kemudian bandingkan harga & warranty supplier jika mahu beli barang sendiri sebelum repair.

Ataupun, anda juga boleh:

2. Bandingkan skop kerja, oil seal atau gasket, condition komponen lain, upah & minyak replacement (top-up), warranty dan harga quotation daripada 3 - 5 bengkel mengikut lokasi anda.

Paling penting, anda bebas menentukan pilihan mengikut had bajet tanpa risau ditipu atau membayar lebih.

Lihat BIJAKauto METHOD™

Soalan lazim tentang kebocoran

Adakah lokasi titisan menunjukkan punca sebenar?

Tidak semestinya. Cecair boleh mengalir melalui permukaan komponen sebelum menitis. Bahagian atas dan laluan cecair perlu diperiksa.

Apakah maklumat yang membantu pemeriksaan?

Ambil gambar tompokan, catat warna, bau tanpa menghidu dekat, lokasi parkir, tempoh kebocoran dan paras cecair yang berkaitan.

Bilakah saya tidak patut memandu?

Jangan terus memandu jika disyaki kebocoran bahan api, minyak brek, coolant yang banyak atau paras minyak enjin dan gearbox terlalu rendah.

Ditulis oleh Raziman

Founder BIJAKauto. Kandungan ini membantu pemilik mengumpulkan maklumat kebocoran sebelum mendapatkan diagnosis.