Peta semakan gearbox

Bezakan mekanikal, elektronik dan punca luar

Gunakan tiga kumpulan ini untuk mengecilkan arah pemeriksaan sebelum bersetuju menukar gearbox.

Ramai pemilik kereta panik apabila gearbox mula terasa sentap, lambat masuk gear, gear tergelincir (slip) atau lampu amaran gearbox menyala (lampu AT/OD).

Apa yang lebih membimbangkan ialah sesetengah bengkel terus mencadangkan:

Gearbox dah rosak. Tukar satu set terus.

Kosnya pula boleh mencecah RM3,000 hingga RM8,000, sedangkan dalam banyak kes, puncanya hanyalah sensor, solenoid ataupun wiring yang jauh lebih murah untuk dibaiki.

Sebab itu di BIJAKauto, kami membahagikan kerosakan gearbox kepada 2 kategori komponen utama supaya pengguna faham apa yang sebenarnya sedang berlaku.

LANGKAH-LANGKAH CHECKLIST (GEARBOX)

A) KOMPONEN MEKANIKAL — klik untuk baca
1) Clutch Pack / Clutch Plate Haus atau Terbakar

Plat klac dah haus/terbakar, sebab tu enjin meraung tapi kereta tak jalan (slip). Plat clutch yang haus sudah tidak mampu mencengkam dengan sempurna lalu menyebabkan kuasa enjin gagal dihantar ke roda.

Inilah punca paling biasa apabila:

2) Bearing Dalaman Gearbox Haus/Rosak

Keluar bunyi berdengung kasar ikut kelajuan kereta.

Semakin laju kereta dipandu, semakin kuat bunyi tersebut. Kadangkala ramai keliru dengan bearing roda/wheel bearing.

Jika dibiarkan terlalu lama, serpihan bearing boleh merosakkan gear lain di dalam gearbox.

3) Torque Converter Rosak (Bola - istilah pomen KL)

(Untuk kereta transmisi automatik)

Penghantaran kuasa dari enjin ke transmisi terganggu.

Torque converter berfungsi menghantar kuasa daripada enjin kepada gearbox menggunakan minyak.

Apabila rosak:

4) Oil Pump atau Hydraulic Piston Gearbox Retak (Crack)

Gearbox automatik bergantung kepada tekanan minyak hidraulik. Jika rosak, boleh menyebabkan oil pressure di dalam gear hilang, jadi tekanan hidraulik tak cukup untuk tolak gear.

Jika:

  • Oil pump haus
  • Piston retak
  • Saluran tekanan bocor

Maka, tekanan minyak menjadi rendah lalu menyebabkan:

  • Gear lambat masuk
  • Gear sentap
  • Gear tidak mahu bertukar
5) Gearbox Cooler / Hose Bocor

Gearbox Cooler yang rosak/bocor boleh menyebabkan:

Bagi sesetengah model, minyak gearbox juga boleh bercampur dengan coolant radiator jika oil cooler rosak. Ini adalah kerosakan serius yang perlu dibaiki segera.

6) Getah Oil Seal & O-Ring (Keras/Hancur)

Ramai tidak tahu inilah antara punca paling biasa gear "delay" ketika pagi. Apabila getah oil seal menjadi keras akibat usia:

  • Tekanan minyak bocor
  • Pressure mengambil masa untuk terbina
  • Gear lambat engage

Selepas kereta panas, simptom mungkin hilang sementara. Inilah sebab ramai pengguna menyangka gearbox masih "ok", sedangkan kerosakan sedang berlaku secara perlahan.

Untuk Gearbox CVT / D-CVT

Gearbox jenis CVT menggunakan:

Jika pulley mengalami calar atau belt haus:

B) KOMPONEN ELEKTRONIK — klik untuk baca
1) ValveBody / Solenoid Sensor (didalam Gearbox)

Valve body ialah "otak hidraulik" di dalam gearbox. Solenoid pula sensor mengawal laluan minyak menggunakan isyarat elektrik. Jika rosak:

maka simptom yang biasa berlaku ialah:

2) Input/Output Speed Sensor

Terletak diluar gearbox, berfungsi hantar data kelajuan pusingan ke komputer. Kalau sensor ni rosak, komputer tak tahu bila nak tukar gear.

Sensor ini memberitahu komputer:

  • Kelajuan input gearbox
  • Kelajuan output gearbox

Jika salah satu sensor gagal berfungsi:

  • Gear bertukar tidak menentu
  • Meter RPM pelik
  • Lampu Check Engine menyala
  • TCU tidak tahu masa sesuai untuk menukar gear
3) TCU (Transmission Control Unit)

TCU ialah komputer khas yang mengawal operasi transmisi. Bergantung kepada model kereta, lokasinya boleh berada:

Jika TCU rosak akibat:

Maka, gearbox boleh:

Kedudukan TCU tidak sama bagi semua model kereta. Ada model yang meletakkan TCU di bawah dashboard, manakala model lain menggabungkannya bersama ECU atau modul mechatronic.

Nota: tidak semua masalah berpunca daripada gearbox — klik untuk baca

Kereta moden mempunyai banyak komputer yang saling berhubung. Kadangkala gearbox sebenarnya masih elok, tetapi sistem keselamatan (LIMP-MODE) mengurangkan prestasi atau mengunci pertukaran gear kerana mengesan kerosakan pada sistem lain.

Sebab itu, jangan terus membuat kesimpulan bahawa gearbox sudah rosak hanya kerana kereta sentap atau tidak mahu bertukar gear.

Antara punca lain yang boleh menyebabkan simptom seakan-akan gearbox rosak ialah:

1. Lampu Brek Belakang Rosak

Ramai tidak percaya, tetapi pada sesetengah model kereta, hanya sebiji mentol lampu brek yang putus atau suis pedal brek (Brake Switch) yang rosak boleh menyebabkan:

  • Gearbox masuk mod keselamatan LIMP-MODE dan tersekat pada gear 3 saja

Ini berlaku kerana komputer kereta tidak menerima isyarat brek yang betul.

2. Brake Switch (Suis Pedal Brek) Rosak

Brake switch ialah komponen kecil di belakang pedal brek. Jika rosak:

  • Gear tidak boleh keluar dari "P"
  • Lampu brek tidak menyala
  • Gearbox bertindak pelik (meraung atau keluar lampu dimeter dashboard)
  • Sesetengah model terus masuk LIMP-MODE

Kos brake switch biasanya jauh lebih murah berbanding kos membaiki gearbox.

3. Sensor Enjin Rosak (Engine Sensor)

Gearbox moden sentiasa berkomunikasi dengan ECU enjin. Jika sensor enjin menghantar bacaan yang tidak tepat, ECU akan mengurangkan prestasi enjin dan TCU juga boleh mengubah corak pertukaran gear:

  • Mass Air Flow (MAF)
  • Manifold Absolute Pressure (MAP)
  • Throttle Position Sensor (TPS)
  • Accelerator Pedal Sensor (APP)
  • Crankshaft Sensor
  • Camshaft Sensor
  • Coolant Temperature Sensor

Akibatnya:

  • Gear lambat bertukar
  • Pickup lembab
  • Gear sentap
  • Masuk Limp Mode

Sedangkan gearbox sebenarnya masih sihat.

4. Masalah Sistem ABS / Wheel Speed Sensor

Banyak gearbox moden menggunakan data daripada sensor ABS. Jika satu Wheel Speed Sensor rosak:

  • Lampu ABS menyala
  • Lampu Traction Control menyala
  • Gearbox bertukar gear secara pelik
  • Sesetengah model mengaktifkan Limp Mode
5. Voltan Bateri Lemah atau Alternator Bermasalah

Komputer gearbox memerlukan bekalan elektrik yang stabil. Jika:

  • Bateri lemah
  • Alternator tidak mengecas dengan betul
  • Terminal bateri longgar

Ia boleh menyebabkan:

  • Pelbagai kod kerosakan palsu
  • Gear sentap
  • Gear tidak mahu bertukar
  • Lampu amaran muncul secara rawak
6. Pendawaian (Wiring) atau Grounding Rosak

Kadangkala masalah sebenar hanyalah:

  • Wayar putus
  • Soket longgar
  • Terminal bateri berkarat
  • Grounding tidak sempurna

Tetapi simptomnya sama seperti gearbox rosak.

7. ECU atau TCU Mengaktifkan Limp Mode

Limp Mode ialah mod perlindungan yang direka oleh pengeluar untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius. Apabila sistem mengesan kerosakan kritikal, komputer mungkin akan:

  • Mengunci gearbox pada Gear 2 atau Gear 3 sahaja
  • Menghalang pertukaran gear automatik
  • Mengurangkan kuasa enjin
  • Mengehadkan kelajuan kenderaan

Tujuannya ialah supaya pemandu masih boleh membawa kereta ke bengkel tanpa merosakkan komponen dengan lebih teruk.

Limp Mode bukan semestinya bermaksud gearbox sudah rosak. Ia hanya menunjukkan sistem mengesan satu atau lebih kerosakan yang perlu didiagnosis terlebih dahulu.

Strategi Pemandu Bijak

Jika anda mengetahui perkara ini lebih awal, langkah pertama anda bukanlah terus bersetuju menukar gearbox tetapi meminta bengkel melakukan diagnosis terlebih dahulu menggunakan OBD Scanner (computer scan):

Barulah keputusan membaiki dibuat berdasarkan fakta, bukannya tekaan.

Kos pembaikan sebegini selalunya jauh lebih rendah berbanding terus menukar gearbox recond atau gearbox terpakai (half-cut).

Gearbox Diagnostic Protocol infographic BIJAKauto Malaysia

Langkah seterusnya

1. Sahkan diagnosis scan komputer dan masalah alat ganti kereta diperlukan dengan mekanik dahulu, kemudian bandingkan harga & warranty supplier jika mahu beli barang sendiri sebelum repair.

Ataupun, anda juga boleh:

2. Bandingkan skop kerja, condition komponen, warranty dan harga quotation daripada 3 - 5 bengkel mengikut lokasi anda.

Kesimpulannya, anda bebas memilih mengikut bajet sendiri tanpa perlu risau tentang caj melampau.

Lihat BIJAKauto METHOD™

Soalan lazim tentang gearbox sentap

Adakah gearbox sentap mesti ditukar?

Tidak semestinya. Sensor, solenoid, wiring, keadaan minyak, valve body dan komponen mekanikal boleh menghasilkan simptom berbeza. Pemeriksaan perlu menentukan punca.

Apakah kegunaan scan komputer untuk gearbox?

Scan boleh menunjukkan kod yang disimpan oleh modul transmisi dan membantu mekanik memilih ujian seterusnya. Kod sahaja belum mengesahkan komponen tertentu rosak.

Apakah yang perlu dibandingkan dalam quotation?

Bandingkan skop kerja, jenis komponen, keadaan barang baharu atau recond, warranty, minyak, upah dan kemungkinan kos tambahan.

Ditulis oleh Raziman

Founder BIJAKauto. Kandungan ini membantu pemilik kereta memahami pilihan semakan sebelum membaiki transmisi.