Kenapa Orang Yang Ada Bukti Diagnostik Lebih Susah Ditipu?

Ramai pemilik kereta melakukan satu kesilapan yang sama.

Apabila lampu amaran menyala atau kereta mula menunjukkan simptom seperti semput, gear sentap atau penggunaan minyak meningkat, mereka terus:

Masalahnya...

Semua tindakan tersebut dilakukan sebelum mengetahui punca sebenar kerosakan.

Diagnosis tanpa data hanyalah tekaan.

OBD Scanner Diagnostic Protocol infographic BIJAKauto Malaysia

Apa Itu OBD Scanner? - Komputer Scan

Ramai membayangkan proses scan komputer sangat rumit.

Kenderaan lama seawal zaman 2000-an sudah mula menggunakan OBD scanner.

Proses mengambil masa beberapa minit.

Hakikatnya sangat mudah. Mekanik hanya perlu:

Apakah Yang Boleh Dibaca?

Bergantung kepada model kereta dan kemampuan scanner, alat tersebut boleh membaca:

Selain membaca kod kerosakan (DTC), scanner yang lebih lengkap juga boleh memaparkan Live Data, status sensor, data freeze frame dan menjalankan ujian aktif (active test) pada model yang disokong.

Fahami Maksud Fault Code

Selepas proses scan selesai...

Komputer mungkin mengeluarkan satu atau lebih kod diagnostik (Diagnostic Trouble Code - DTC), contohnya:

Ramai pemilik kereta tidak faham apabila melihat kod tersebut, sebenarnya...

Fault Code bukan nama komponen yang rosak. Fault Code hanyalah petunjuk awal tentang sistem yang dikesan mempunyai masalah. Sebagai contoh:

Kod P0730 menunjukkan komputer mengesan nisbah gear yang tidak normal. Ini tidak bermaksud gearbox mesti ditukar. Antara, punca termasukalah:

3 Gred Fault Code, Yang Anda Wajib Tahu:

Ini ialah perkara yang paling ramai pengguna tidak tahu, setiap kali Fault Code yang muncul, memerlukan pemeriksaan lanjut. Komputer kereta boleh menyimpan beberapa jenis kod.

1. Active Code
2. Pending Code
3. History / Stored Code

Nota BIJAKAuto: Jangan membuat keputusan hanya berdasarkan kod lama (History Code). Pastikan mekanik menerangkan sama ada kod tersebut masih aktif atau hanya rekod terdahulu.

Strategi Pemandu Bijak

LANGKAH 1:

Pastikan pilih bengkel yang mempunyai scanner versi perisian terkini (latest software version - bawah 3 tahun). Keupayaan OBD Scanner bergantung kepada jenama, model kenderaan dan fungsi yang disokong oleh alat tersebut yang mampu membaca sistem kenderaan anda. Scanner yang lebih lengkap biasanya menawarkan:

Ini membantu diagnosis dibuat dengan lebih menyeluruh, terutama bagi model yang lebih baharu atau mempunyai banyak modul elektronik.

LANGKAH 2:

Minta Bukti Diagnostik, selepas proses scan selesai... Minta salah satu daripada berikut:

Data tersebut ialah rekod diagnostik kenderaan anda. Anda boleh simpan dalam telefon.

LANGKAH 3

Minta Penjelasan Sebelum Bersetuju, jika mekanik mencadangkan penukaran alat ganti, anda tanya:

Diagnosis yang baik bukan bergantung kepada satu Fault Code sahaja. Ia perlu disokong oleh pemeriksaan fizikal dan bacaan data.

Jangan Tukar Barang Berdasarkan Kod Sahaja

Kod P0300 (Misfire), bukan bermaksud:

Ia boleh berpunca daripada:

Begitu juga dengan kod lain.

P0420, bukan bermaksud:

Ia juga boleh berpunca daripada:

Kod diagnostik membantu mengecilkan skop pemeriksaan, tetapi bukan pengesahan muktamad.

Nota BIJAKauto: Selepas Scan Komputer

Dokumen ini boleh dijadikan rujukan jika simptom berulang atau jika anda ingin mendapatkan pendapat daripada bengkel lain.

Kuasa membaiki berada di tangan mekanik. Tetapi kuasa membuat keputusan harus berada di tangan pemilik kenderaan yang mempunyai data.

TOP 16: FAULT CODE PALING LAZIM DITEMUI

Rujukan ringkas Pemandu BIJAKauto™

P0101: MAF Sensor Performance - (Periksa Air Filter, MAF Sensor, intake hose dan kebocoran udara.)

P0118: Coolant Temperature Sensor High Input Sensor ECT - (pendawaian atau penyambung mungkin bermasalah.)

P0128: Coolant Temperature Below Thermostat Regulating Temperature - (Thermostat mungkin terbuka atau sensor suhu tidak tepat.)

P0171: System Too Lean (Bank 1) Vacuum leak - (MAF/MAP fuel pressure atau injector.)

P0172: System Too Rich (Bank 1) Injector bocor - (MAF rosak atau tekanan bahan api terlalu tinggi.)

P0300: Random/Multiple Cylinder Misfire - (Spark plug, ignition coil, injector, compression atau fuel pressure.)

P0301: Misfire Cylinder 1 - (Jangan terus tukar coil. Periksa spark plug, injector dan compression.)

P0335: Crankshaft Position Sensor - (Sensor, pendawaian atau timing signal.)

P0420: Catalyst Efficiency Below Threshold - (Catalytic converter, O₂ sensor atau kebocoran ekzos.)

P0442: Small EVAP Leak Fuel cap - (hos EVAP atau charcoal canister.)

P0500: Vehicle Speed Sensor Speed sensor - (ABS sensor (sesetengah model) atau wiring.)

P0507: Idle Speed Higher Than Expected - (Throttle body kotor, vacuum leak atau idle control.)

P0700: Transmission Control System Malfunction - (Hanya menunjukkan TCU menyimpan kod. Scan modul TCU dahulu.)

P0715: Input/Turbine Speed Sensor - (Sensor gearbox, wiring atau TCU.)

P0730: Incorrect Gear Ratio - (Paras minyak gearbox, solenoid, valve body, sensor atau kerosakan mekanikal.)

P0741: Torque Converter Clutch Performance - (Torque converter, solenoid atau tekanan hidraulik.)

Langkah seterusnya

1. Simpan kod, laporan dan data yang diterima. Minta bengkel menerangkan ujian lanjut yang diperlukan.

2. Bandingkan diagnosis, skop kerja, komponen dan warranty sebelum bersetuju.

Lihat BIJAKauto METHOD™

Soalan lazim tentang scan OBD

Adakah fault code memberitahu komponen yang rosak?

Tidak semestinya. Kod membantu mengenal pasti sistem dan arah pemeriksaan. Wiring, kebocoran, voltan dan keadaan lain boleh menghasilkan kod berkaitan.

Apakah yang patut saya minta selepas scan?

Minta gambar atau laporan penuh, kod aktif dan sejarah, tarikh, odometer serta penjelasan tentang ujian seterusnya.

Bolehkah kod dipadam untuk menyelesaikan masalah?

Memadam kod tidak membaiki punca. Lampu amaran boleh kembali jika masalah masih wujud, dan data penting mungkin hilang sebelum diagnosis.

Ditulis oleh Raziman

Founder BIJAKauto. Panduan ini membantu pemilik memahami fungsi data OBD sebelum membuat keputusan pembaikan.